Manfaat Susu Kambing Untuk Bayi


MANFAAT SUSU KAMBING UNTUK BAYI


Keresahan dalam membesarkan si manja dengan penuh kasih sayang dan keperluan yang lengkap pasti akan menghantui para ibu bapa di luar sana. Ramai juga yang memilih untuk memberikan si manja segala yang terbaik walaupun terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar.

Susu kambing adalah menjadi salah satu tumpuan ibu bapa bagi mendapatkan manfaat yang terbaik untuk si manja. Namun adakah ibu bapa tahu keberkesananan dan manfaat susu kambing untuk bayi dan untuk si manja mereka.

Tahukah anda bahawa manfaat susu kambing untuk bayi sangat popular dikaji di seluruh penjuru dunia?

Untuk pengetahuan anda, di Malaysia dan Indonesia juga, terdapat banyak kajian positif berkaitan manfaat susu kambing untuk bayi.

Manfaat susu kambing untuk bayi terbukti cukup besar kepentingannya. Ianya jelas jika dilihat dari kandungan gizi yang terdapat dalam susu kambing itu sendiri. Berikut adalah manfaat susu kambing untuk bayi :

1. Meminimumkan alergik terhadap protein susu

Seringkali para ibu di Malaysia mendengar bahawa terdapat ramai bayi-bayi yang alah terhadap protein  susu lembu. Oleh yang demikian, susu kambing adalah menjadi salah satu alternatif untuk para ibu jika bayi mereka alergik dengan susu lembu. Susu kambing mempunyai kandungan protein yang lebih rendah jika dibandingkan susu lembu.
Selain itu, protein pada susu kambing juga mudah dicerna berbanding protein susu lembu. Perkara ini pasti membuatkan susu kambing sangat sesuai untuk diberikan kepada bayi yang mengalami alergik protein susu lembu.

2. Mempunyai kandungan lemak yang mudah dicerna

Satu lagi manfaat susu kambing untuk bayi adalah ia mempunyai jumlah asid lemak rantai pendek dan menengah lebih tinggi daripada susu lembu. Kelebihan ini membuat lemak susu kambing lebih mudah dicerna enzim di dalam tubuh.

3. Mempunyai kandungan asid folat yang lebih rendah

Antara manfaat susu kambing untuk bayi yang lain adalah asid folat yang terkandung pada susu kambing jumlahnya lebih sedikit dari susu lembu.

4. Tinggi Kalsium

Perlu diketahui bahawa manfaat susu kambing untuk bayi ialah kandungan asid folat pada susu kambing lebih rendah, namun susu kambing mempunyai kandungan kalsium, vitamin B6, vitamin A, potasium, niasin dan antioksida selenium yang lebih tinggi dari pada susu lembu.

5. Mempunyai kandungan laktosa yang lebih rendah

Lagi manfaat susu kambing untuk bayi adalah laktosa pada susu kambing lebih rendah daripada susu lembu. Perkara ini meminimumkan risiko intoleransi laktosa pada susu formula.

Manfaat susu kambing untuk bayi ini boleh dijadikan panduan oleh para ibu diluar sana. Namun ia bukanlah terjamin kesannya terhadap semua bayi di Malaysia. Semestinya terdapat banyak lagi manfaat susu kambing untuk bayi yang telah dikaji oleh para ilmuan dan akademik masakini.