AZIZAH NIAGA ENTERPRISE (ANE'S)
Dengan satu tujuan untuk memartabatkan herba di mata dunia, Azizah Niaga Enterprise telah mengumpulkan segala rahsia petua tradisional ini dan digabungkan dengan teknologi canggih yang dimiliki.
Azizah Niaga Enterprise diterajui oleh Pengasas Syarikat merangkap Pengarah Urusan iaitu Hajah Azizah bt Haji Idris, Pengarah Eksekutif, Mohammad Omar bin Haji Adam, Pengurus Besar, Haji Adam bin Haji Yusup dan Pengurus Cawangan Johor iaitu Rabe’ah bt Haji Adam serta Pengurus Cawangan Kuala Lumpur iaitu Mohd Othman bin Haji Adam.
Pada tahun 2005 hanya memfokuskan aktiviti perniagaannya secara kecil-kecilan. Dengan keazaman dan kesungguhan yang tinggi kami dapat mengeluarkan produk berjenama sendiri, Ane’s LY®, Ane’s Ashwa® dan Ane’s Hafidz™ di samping mencari peluang yang lebih besar.
Produk kami bertaraf IMP iaitu Islamic Manufacturing Practice dan dijamin halal.
Kami juga telah melebarkan perniagaan dengan menawarkan servis penginapan yang terbaik iaitu Ane’s Homestay™ yang beroperasi di Kuala Kangsar, Perak